Cute person terjah
Follow Dashboard

▸ TABAH 2017 ... ♬
Wednesday, June 21, 2017
♥ posted at: @4:45 PM
0 wishes // make a wish?


Assalamualaikum dunia maya,

Hari ni BK tetiba dapat buka blogger setelah sekian lama taktahu password -,-

Okay, this time for private life story.


BK masih lagi dengan kun tapi satu persatu perubahan BK nampak. Mungkin dah terlalu lama hubungan kami.. Sekarang dia jadi askar, hmmm selalunya orang akan minat askar kan. Tu lah cabaran BK sekarang, dengan nak faham perubahan dia. Selalulah BK nangis tapi dalam diam. BK takboleh nampak lemah. BK kena kuat. Tapi macam macam dah BK lalui. Orang akan kata BK dan selalunya marah. Hmmm apelah BK boleh buat gais. Ini soal hati. Sepuluh tahun BK didik hati BK untuk percaya pada dia. Bukan tempoh masa singkat. Betullah orang kata, "Lelaki diuji sangat mempunyai segalanya, perempuan diuji sangat lelaki tiada apa-apa" 

Sekarang ni BK takmampu nak berkata apa.. Cuma dekatkan diri Allah dan Al Quran.. Mungkin BK takmampu nak ajak dia yang semakin jauh semakin leka... Niat BK nak jadi hafizah,penghafaz alQuran.. tapi niat ni takpernah pun BK beritahu pada kun... Yang tahu hanya keluarga BK. Insya Allah semua akan dipermudahkan.. BK sebenarnya cemburu orang yang boleh berlagu bila baca alQuran.. sejak itulah BK mula menjinak.. Dan lebih gembira, jika kita hafaz alQuran, kita boleh bawa orang kita sayang masuk syurga, Sebenarnya sampai sekarang BK taktahu sebab perasaan sayang ni pada kun.. Kalau boleh BK nak lihat dalam syurga juga nanti... BK bukanlah seorang yang baik pun, semua Allah sudah jaga aib BK... 


Kecurangan tu normal dalam hubungan.. Setiap orang akan nak pasangan dia yang terbaik bukan? Tapi bila kena pada diri sendiri, sudah tentu kita gelabah. Apa kurangnya diri ini? Tidak, semua orang mempunyai kekurangan, dan itu normal.. Bersabarlah jiwa semua.. Berkali sebenarnya BK lalui.. Dan jujur, kun sendiri suruh BK pergi cari yang lain... BK SAHUT CABARAN DIA. tapi kali tu BK sendiri menangis tiap malam bila seseorang lelaki ni betul serius dengan BK. Hati BK yang menangis, BK buntu habis masa tu...setiap malam BK buat solat tahajud, dan akhirnya, orang tu sendiri pergi tanpa BK suruh... Hati BK ni yang degil.. takmampu nak move on.. BK betul ikhlas dengan hubungan dengan kun. Apapun sikap dia, BK akan terima sebab BK kenal dia yang dulu...(kejap, tetiba airmata mengalir)......
Sekarang ni 10 malam terakhir bulan Ramadan, dan BK takterlepas untuk doakan kebahagian BK dengan kun... BK percaya Allah akan makbulkan doa BK.. cuma BK perlu banyak bersabar... Betapa positifnya diri ni.. Itulah kata kun yang buat BK percaya pada dia.. 

Sebenarnya, BK hanya mampu ucap redha tapi keikhlasan tu agak sukar... Jika memang tiada jodoh antara kami, BK nak dia bahagia, tapi biarlah Allah hilangkan semua tentang dia dalam ingatan BK... Jujur, BK taksanggup nak lihat semua tu... Ataupun biarlah ajal saja memisahkan kami... Biarlah apa pun kalian ingin berkata... Bagi BK bukan mudah untuk BK lepaskan cinta BK selama berabad ni...  Kalian doakan kebahagian BK ya.. 

Salam sayang,
Budak Khayalan.
 

hits counter
web counter
◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2012