Cute person terjah
Follow Dashboard

▸ SELAMATKANLAH SAUDARAKU ... ♬
Thursday, November 22, 2012
♥ posted at: @9:08 AM
0 wishes // make a wish?




ASSALAMUALAIKUM SAUDARAKU .....








Oh kanak-kanak Gaza !

Anak-anak Gaza….
Laparnya tak terkata,
Makanan pengalas perut tiada,
Anak-anak kecil mundar-mandir
Tanpa sepatu, mengalas kaki
Mencari, mengutip sisa makanan
Untuk dimakan !

Anak-anak Gaza….
Tidak mengerti erti penindasan,
Kekejaman, kezaliman
Kerana lumrah, biasa,
Dilalui setiap hari,
Hidup ataupun mati,
Tak menakutkan lagi !

Anak-anak Gaza….
Tanpa ibu, ayah di sisi
Negaranya Palestin dijajahi,

Pelajaran tak ketentuan,
Tentunya buta huruf,
Masih tak lupa akanMu, Ya Rabbi
Belajar solat, mengaji !

Anak-anak Gaza….
Apakah erti sebuah kemewahan,
Tak pernah menikmati,
Tak pernah dimimpikan,
Tinggal di khemah pelarian,
Tinggal di bangunan runtuhan,
Daif tak terperi, siapa ambil peduli !

Anak-anak Gaza….
Di bulan Ramadhan,
Tabah hati menempuh dugaan,
Tak siapa kisah, ambil peduli
Makanan dan minuman,
Pakaian dan penginapan,
Adakah atau hanya suatu mimpi !

Anak-anak Gaza….
Inilah gara-gara sejarah,
Peperangan yang berlanjutan,
Kebencian sepanjang zaman,
Zionis, dendammu tiada noktah
Punah, ranah, Muslimin dan Muslimah
Tekad di hati, sampai mati !


Dicipta oleh:
Sjamsuri Hj.Abd.Razak







Ya Allah. Engkau tabahkanlah mereka semua dgn dugaan yang Engkau beri YA ALLAH !
Setiap kali aku melihat berita di Gaza. airmataku akan jatuh dan beristigfar kepada MU YA ALLAH..
WAHAI KALIAN SEMUA. AKU RAYU TOLONG DOAKAN MEREKA DI SANA.
SEMOGA PEPERANGAN INI BERAKHIR.!
AKU KASIHAN MELIHAT ANAK-ANAK KECIL YANG SETIAP HARI MENDENGAR BEDILAN DAN KEKEJAMAN ZIONIS.
ASTAGFIRULLAH !
ASTAGFIRULLAHHHH !
SESUNGGUHNYA AKU HANYA INSAN KERDIL YANG HANYA MAMPU BERDOA KEPADA SAUDARA ISLAMKU DI SANA.
DAN SESUNGGUHNYA MEREKA SEMUA PARA PEJUANG !

ALLAHUAKHBAR ! ALLAHUAKHBARR !

hits counter
web counter
◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2012