Cute person terjah
Follow Dashboard

▸ Tips Penjagaan Handphone (HP), Smartphone, Tablet dan Seangkatan Dengannya ... ♬
Tuesday, December 18, 2012
♥ posted at: @1:29 PM
0 wishes // make a wish?



Gajet seperti handphone, tablet dan seangkatan dengannya jugak ada perasaan taw sama macam kita jugak. So inilah tips-2 yang mampu anda gunakan untuk bertahan lebih lama. InsyaAllah akan kekal lebih lama. heee





1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa isyarat lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening dan mual.

2. Jangan cas HP anda terlalu lama setelah bateri sudah penuh. Hal ini akan membuat bateri anda bunting atau melembung. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab dan sanggup menikahinya.

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan seperti anda juga.

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau dan virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu. Begitu juga dengan HP anda.

6. Pakaikan baju atau jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin.

7. Jangan terlalu sering mengisi kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda.

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk atau lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati atau tulang belakang.. SEMOGA BERMANFAAT KEPADA HP ANDA...Selamat Beramal!



hits counter
web counter
◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2012