Cute person terjah
Follow Dashboard

▸ Gemarkan buah ape eak ? ... ♬
Saturday, December 29, 2012
♥ posted at: @4:14 PM
0 wishes // make a wish?



Kali ni, nak kongsikan berkaitan dengan personaliti diri.
Siapa suka makan buah? *angkat tangan
Hari tu ada baca majalah (tak ingat majalah apa), tentang bagaimana buah kesukaan kita mengambarkan personaliti diri. Jom baca! 

[Kajian yang dilakukan oleh Dr Barnett]
juga dikenali sebagai "Science of Fructology"
BUAH-BUAHAN CITRUS
(contoh: Oren, limau nipis, lemon, limau bali)

·                     cenderung pada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar
·                     kawan-kawan suka merujuk masalah pada kamu (sebab kamu mempunyai kemampuan dan kebolehan sehingga kawan-kawan yakin dengan nasihat kamu)
·                     orang luar sukar untuk mengenal diri kamu yang sebenarnya (mungkin boleh tetapi mengambil masa yang lama)
·                     memperuntukkan masa yang singkat untuk bersendiri
·                     gemar berehat dan bersendiri untuk tempoh yang seketika
·                     gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin serta menyeronokkan

BUAH-BUAHAN TROPIKA
(Pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas)

·                     suka pengalaman dan cabaran yang baru
·                     suka jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak yang boleh
·                     orang di sekeliling selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif
·                     kamu tidak suka dengan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu
·                     pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan dia menerima kamu seadanya
·                     kamu mempunyai pendirian yang tersendiri
·                     tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling
·                     suka mengambil berat dan berseronok



BUAH_BUAHAN LADANG
(epal dan pear)
·                     kuat pada diri sendiri dan mampu menjadi tunjang kekuatan individu yang berada sekeliling kamu
·                     bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan tidak mudah mengalah
·                     tidak pentingkan diri sendiri
·                     berdiri di atas kaki sendiri
·                     orang beranggapan kamu berpengalaman luas
·                     gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup





KELUARGA TEMBIKAI
·                     murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan
·                     tidak berat sebelah, adil dan boleh dipercayai
·                     wujudnya satu kepuasan bila kamu berjaya membantuorang lain
·                     disenangi orang sekeliling kerana sikap kamu
·                     ramai teman rapat
·                     berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam
·                     berusaha gigih mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup
·                     individu yang berhati-hati
·                     pantang orang yang lambat dan tidak menepati janji
·                     mementingkan masa



BUAH_BUAHAN BERI
(strawberi dan keluarga beri)

·                     gemarkan parti dan keseronokan
·                     suka mengembirakan orang lain
·                     mudah dapat kawan kerana peramah
·                     berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan walau dengan cara yang pelik
·                     bercita rasa unik





KELUARGA KEKACANG
(walnut, hazel, gajus dan lain-lain)
·                     moody. mood berubah-ubah tanpa sebarang sebab
·                     tegas
·                     jika merasakan kamu di pihak yang benar, kamu akan berdegil mempertahankan pendirian kamu
·                     orang disekeliling akan berhati-hati dengan kamu
·                     dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia
·                     berpendirian



KELUARGA LABU
(kundur)

·                     berpandangan jauh
·                     individu yang sering berperasaan curiga
·                     individu sekeliling terkejut dengan    pengetahuan yang kamu ada
·                     teman-teman sering bergantung pada kamu
·                     tekanan kerja akan mendukakan kamu
·                     sopan santun dan mempunyai hati yang lembut

ni hanyalah kajian semata-mata.
buah-buahan memang sangat baik untuk tubuh badan. oleh itu, amalkanlah makan buah. Rasulullah sendiri suka makan buah. Makanlah buah-buahan seperti kurma, kismis, buah tin, zaitun dan badam. banyak lagi buah-buahan lain yang elok dimakan. kempen jom makan buah! saya suka kundur :)


hits counter
web counter
◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2012